Pages



Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kami. Di sini kami menyediakan beberapa perkhidmatan/perniagaan termasuk perniagaan tudung, perkhidmatan sewa kenderaan dan perkhidmatan homestay (telah beroperasi bermula Mei 2011) yang diusahakan oleh family kami sendiri. Terima kasih sekali lagi dan selamat berurusan dengan kami!

Saturday, September 25, 2010

Tips penjagaan tudung

  • Elakkan mencuci menggunakan 'Washing-Machine'. Confirm tudung akan rosak.


    • Cara terbaik adalah mencuci secara 'Dry-Cleaning'. Kalau rasa-rasa mahal dengan cara ni, anda boleh cuci secara 'Hand-Wash' dengan menggunakan sabun lembut seperti syampu atau sabun badan.
    • Celupkan Tudung ke dalam air sabun dan angkat, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan. Pegang AWNING dengan berhati-hati dan perah bahagian kain tudung sehingga air pada kain tudung berkurangan.
    • Sebaik sahaja siap, sidai tudung tersebut dengan menggunakan penyepit pada kain tudung, manakala bahagian AWNING dalam kedudukan jatuh kebawah.
     
  • Jangan sesekali menggunakan bahan peluntur untuk menghilangkan kotoran. Anda boleh gosok menggunakan jari dengan perlahan-lahan untuk menghilangkan kotoran tersebut.
     
  • Untuk menyimpan tudung, sebaiknya ia dilipat dengan betul.Hanya kain tudung sahaja dilipat. Jangan lipat AWNING kerana ia boleh menyebabkan patah dan tidak terbentuk sempurna sekiranya nak dipakai semula.
     
  • Kami sarankan anda boleh beli tempat gantung khas untuk tudung. Jadi anda tidak perlu lipat. Lepas kering terus je gantung kat situ.
     
  • Kain lycra selalunya tidak perlu selalu digosok kerana ia fabrik tidak mudah kedut. Sekiranya perlu, boleh gosok di bahagian kain tudung pada kadar suhu sederhana sahaja. 
Semoga para pembaca sekelian mendapat sedikit manfaat daripada info/tips tersebut. Terima kasih daun keladi dan selamat membaca!!

No comments:

Post a Comment