Pages



Terima kasih kerana sudi singgah ke blog kami. Di sini kami menyediakan beberapa perkhidmatan/perniagaan termasuk perniagaan tudung, perkhidmatan sewa kenderaan dan perkhidmatan homestay (telah beroperasi bermula Mei 2011) yang diusahakan oleh family kami sendiri. Terima kasih sekali lagi dan selamat berurusan dengan kami!

Thursday, January 20, 2011

Bukit Gambang Resort City - Homestay Gambang Damai

Rumah ni akan dijadikan Homestay dan baru sahaja selesai diubah suai untuk dijadikan tempat penginapan percutian . Letaknya di Taman Gambang Damai betul2 berhadapan dengan Bukit Gambang Resort City - Water Park Resort.
History:
Pada awal 2010, syarikat tempat saya bekerja telah mengadakan Family Day di Bukit Gambang Resort City. Memandangkan kadar sewa untuk sehari di resort tersebut agak tinggi, kami terfikir untuk membeli rumah ini yang jaraknya kurang 5 minit ke resort tersebut untuk dijadikan homestay yang kebetulan sedang dalam pembinaan. Apa tidaknya, sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air berbanding sebuah studio apartment dengan harga yang hampir sama. Itulah apa yang saya fikirkan pada waktu itu. Alhamdulillah, permohonan pinjaman kami lulus dan insyaallah inilah yang akan menjadi titik tolak permulaan kami untuk memulakan bisnes homestay ini. 

Ruang dapur basah
Ruang makan yang selesa

Ruang tamu - tv + astro beyond

Bilik tidur utama (air cond)

Bilik tengah (katil queen)

Bilik tidur ke 3 (air cond)
                                   
Walaupun ada beberapa buah rumah yang terlebih dahulu siap dan telah dijadikan homestay di kawasan ini, namun kami yakin homestay kami pasti akan memberi saingan dan kepuasan kepada setiap penyewa baik dari segi harga mahupun dari segi keselesaan dan insyaallah homestay ini akan mula beroperasi pada penghujung Mei 2011 sempena cuti sekolah.

Nantikan produk kami ini. Terima kasih.

Sila klik link ini untuk info tentang Bukit Gambang Water Park :
http://www.bgrc.com.my/WaterPark.html

Berminat untuk berekreasi di Sungai Lembing Kuantan? Sila klik link ini : 
 http://panoramasungailembing.blogspot.com/




Mencari homestay di Cherating? Saya juga mempunyai rakan homestay di Cherating. Jika berminat sila klik link ini:
http://cheratinghomestay.blogspot.com/







Sesiapa yang berminat silalah layari link ini sekiranya anda berminat dengan sukan kayak atau hubungi saya disekitar kuantan :